
Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal sederhana besar
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 cm halia *
1/2 biji capsicum merah - potong memanjang
1/2 biji capsicum hijau - potong memanjang
1 biji bawang besar - dihiris bulat2
1 biji tomato - potong 8
2 sudu besar tauchu Tamin
1 sudu kecil asam jawa
sedikit gula
Cara-cara
Bersihkan ikan, letak kunyit dan garam, kemudian goreng hingga garing
Bila ikan dah garing, angkat dan masuk dalam pinggan lonjong
Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga hancur
Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau
Masukkan bawang besar, kacau. Masukkan capsicum, kacau lagi
Masukkan tauchu. Jangan ambil airnya, masin!
Masukkan air asam dan sedikit air. Rasa... Selalunya tak perlu masukkan garam. Tauchu tu dah cukup masin.
Kalau dah termasin, masukkan sedikit gula. Sikit je... jangan sampai manis pulak.
Akhir sekali, masukkan tomato. Gaul suma sekali.
Masukkan ikan dan gaul hati-hati. Jangan sampai ikan hancur, lak
Hidangkan panas-panas.
Wednesday, January 21, 2009
Ikan Bawal Goreng Tauchu
Sup Ikan Merah

Bahan-bahan
3 kelar ikan merah
4 ulas bawang merah kecil (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
Setengah peket rempah sup serbuk (adabi)
rempah tumis (yang ada bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan pelaga)
lobak merah dan daun sup.
2 mangkuk air
Cara-cara
Cuci bersih ikan dengan air asam.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis tadi.
Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang tadi hingga wangi dan layu.
Masukkan halia yang dimayang
Masukkan rempah sup, biar sebentar dan masukkan air
Apabila sup telah mendidih, masukkan ikan, dan garam serta lobak merah. Jangan masak ikan terlalu lama.
at Wednesday, January 21, 2009 0 comments
Labels: Sup Ikan Merah
Keli salai lemak cili padi

Bahan-bahan
3 ekor ikan keli-dibersihkan
Cili padi * (terpulang banyak mana nk...)
Kunyit hidup *
Santan - dr setengah biji kelapa
Timun ladang (timun tua yang warna coklat tu) dikikis kulitnya, dibuang bahagian tengah, dan dipotong kecil
Sebiji limau nipis
Garam dan perasa
Cara-cara
Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering..(kalau malas nk salai..bakar dalam oven pun boleh)
Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus. Kemudian,masukkan ke dalam periuk
Masukkan santan. dan timun. Masak dengan api perlahan.
Masukkan garam dan serbuk perasa.
Akhir sekali...sebelum diangkat, perah air asam limau ke dalam kuah. Kemudian, siramlah kuah tadi atas ikan keli salai. SIAP
SELAMAT MENCUBA
* Kuah tidak perlu terlalu cair,,sikit jer..untuk siram atas ikan. Tp pada sesiapa yang suka berkuah, boleh masukkan ikan ke dalam kuah, macam buat masak lemak biasa.
Kembung Berlada

Bahan-bahan
Ikan kembung., dibersihkan (ikan apa-apapun boleh)
*Cili padi, cili merah
*Bawang besar
*Bawang putih
*Sedikit belacan
1/2 biji timato- dicincang kasar
Garam, ajinomoto, fish sos
Minyak masak
Cara-cara
Ikan digaul dengan kunyit dan garam dan digoreng hingga garing
Bahan-bahan bertanda * ditumbuk..jangan terlampau halus.
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik minyak/wangi.
Masukkan pula tomato yang dicincang, kacau lagi. Perasakan dengan fish sos dan ajinomoto. Kalau dh masin, tak payah tambah garam.
Akhir sekali, masukkan ikan goreng, kacau balik...dan siap..
Sedap dimakan dengan nasi panas. Selamat Mencube....
Asam Pedas Kembung

bahan-bahan
5 ekor ikan kembung sederhana besar (disiang dan dibersihkan spt biasa)
Bahan-bahan kisar:
25 biji cili kering (ikut kepedasan. Dikerat dan di rebus spt biasa)
4 biji bawang besar (kes malas nak kupas bawang kecik)
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
Bahan direndam sebentar dan ditumbuk:
1/2 sudu teh jintan putih
1 1/2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
Bahan-bahan lain:
1/2 - 1 mangkuk kecik air asam jawa (ikut selera, nak masam@tak, nak pekat@cair air asam jawa tu, terpulang)
2 batang serai - diketuk
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2@4
1 cekak daun kesom - diambil daunnya
2 biji tomato - dibelah 2@4
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Kalo ske daun limo purut, bleh letak lam 2@3 helai
Air secukupnya - ikut kesukaan, nak kuah pekat sikitkan air, begitulah sebaliknya.
Cara-cara
Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Tumis lagi, sehingga pecah minyak dan cili agak masak, bau mesti harum semerbak. Kacau jgn tak kacau nanti hangus.
Setelah itu, masukkan air asam jawa, kacau sebentar. Kemudian masukkan air, ikut selera nak pekat atau tak. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum. Biar menggelegak.
Bila kuah dah menggelegak@mendidih, masukkan ikan, garam dan gula, tunggu hingga ikan masak.
Akhir sekali, masukkan tomato dan daun limau purut (kalau tak suka tak payah letak ya, kengkadang ada org tak ske bau dia). Perasakan, kemudian bolehlah tutupkan api.
Jenahak Masak Lemak Cili Padi & Bunga Kantan

Bahan-bahan
1 ekor ikan jenahak (size 1kg) dipotong mengikut citarasa
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
cili padi - mengikut tahap pedas kegemaran anda
1 inci kunyit hidup
1 keping asam gelugur
3-4 kuntum bunga kantan - di belah 2
Cara-cara
tumbuk cili padi bersama kunyit hidup
didihkan bahan yg ditumbuk bersama asam gelugur & santan cair
masukkan ikan, renihkan seketika
masukkan santan pekat & bunga kantan
kacau kuahnya sehingga mendidih & masukkan garam secukup rasa
tutup api. sedia utk dihidang
GULAI NENAS IKAN KERING
Bahan-bahan
Cara-cara






Thursday, January 8, 2009
LAMB KORMA
My family likes this dish very much. Since this food contains high cholestrol, I only cook this once a while. Therefore, whenever I cook this korma, my children couldn't wait for long, they will eat together with the siblings. I will wait for my my husband to eat.
For those who never cook this dish, it is actually using the same technique of making lamb curry,
beef curry or chicken curry. After the korma paste is well cooked, then mix the lamb with it until it tenders, then only pour the coconut milk and add potato or carrot (optional).
Lamb Korma DaBest
Ingredients:
900g - 1000g lamb (cleaned)
3 cm ginger (halia)
3cm galangal (lengkuas)
2 stalks lemon grass (serai)- (hit to crush)
2 onions (bawang besar)
4 garlic (bawang putih)
1 cinnamon stick (kayu manis)
2 star anise (bunga lawang)
3 cardamon (buah pelaga)
4 cloves (bunga cengkih)
3 tbs korma powder
1 tsp cumin powder (jintan putih)
1 tsp fennel seed powder (jintan manis)
2 stalks curry leaves
tamarind juice
salt and sugar to taste
3 tbs of vegetable oil
2 cups of coconut milk
4 potatoes/carrot/onions (optional)
Method:
1. Boil the lamb with 2-3 cups of water until tender(keep aside).
2. Blend finely together the ginger, galangal, onion,and garlic.
3. Heat the oil, put the cinnamon stick, cardamon, clove, and curry leaves. Then, pour the blended items (no.2). Wait 3-5 minutes until fragrant.
4. Mix the korma powder with some water (mix with the cumin fennel seed powder too) and pour it together with (no.3). Wait for a few minutes until is is well-cooked. If it becomes dry, pour some water to make sure it is well-cooked.
5. When the oil comes to the surface, and the aroma is ummmph....mix it with ( no.1).
6. Make sure that the lamb really tenders. Mix it with the tamarind juice.Then, pour the coconut milk and potatoes or carrot and season to taste.
7. It is nice eaten with beryani rice or tomato rice or even white rice. Happy cooking....
POSTED BY KAMARIAH SULAIMAN
HERBS KERABU RECIPE

Selom leaves and torch ginger
Here is the recipe on how to prepare the kerabu.
Ingredients:
Kaduk leaves
Mengkudu leaves
Bebuas leaves
Long beans
Pegaga
Torch ginger
Bean sprouts
Selom
tumeric leaves(3)
lemon grass(3 stalks)
garlic (4 pips)
shallots (8 to 10)
Grated coconut (1)
Anchovies/dried shrimps (300 gms) - fried and pounded
salt and sugar to taste
Bird eye chillies (6)-optional
seasoning (optional)
Instructions
1.Cut all the herbs into fine strips(except for bean sprout) and place in large container.
2.Cut the garlic, onions,lemon grass and chillies.Then pound them. Don't forget to add a pinch of salt so that the liquid will not splatter.
3.Pound the fried anchovies finely.
4.Mix all the ingredients in (2) and (3) with the grated coconut and fry them without using oil. You have to fry until they become fragrant and dry. Make sure you do not over fry.
5.Mix all the ingredients together (1 and 4) and then add the lime juice.
Add salt and sugar to taste.
** You can substitute other types of herbs to make the kerabu instead of the ones mentioned above.